3 Mei 2016

Hutan Lipur Kanching,Waterfall Rawang,Selangor

Assalamualaikum..hii
1 mei 2016

 Memandangkan cuti 2 hari semperna hari pekerja, saya dan kawan2 pun tak lepaskan peluang untuk habiskan masa mencari tempat2 menarik area selangor ni.
Mula2 plan nak pergi Air terjun Kemensah tapi tak jadi sebab terpengaruh dengan pak cik jual2 tu suruh kitaorang pergi Kanching pulak.

Dari Shah Alam ke Hutan Lipur Kanching lebih kurang 44.3 km selama 37 min, tpi dhyla bawa kereta tak sampai pun 30 min rasanya >_<

Mula2 sampai tu excited tengok monyet merata2, tak takut pun dengan manusia. Sepanjang jalan ada je monyet2 ni cari rezeki simpati pengunjung2 kat situ. kalau tak pergi selongkar sampah2

Dah parking kereta kitaorang pun masuk la.. sebelum tu ambik gambar jap


Masa ni kelakar >_<.. tengah2 ambik gambar tetiba dengar bunyi ranting-ranting kayu kene pijak macam ada orang jalan kat belakang kitaorang. Saya pun toleh belakang.. Tekejut gila ada monyet kat belakang kitaorang jalan slow2 sebab nak ambik makanan, kitaorang pon apa lagi menjerit sebab takut kene serang dengan monyet tu haha..

Charges masuk sekepala RM2.50, dalam tu tempat makan,tandas,surau semua ada. Masa ni ramai juga pengunjung datang dengan family, kawan2, yelahh hujung minggu kn so kalau rasa2 tak nak ramai orang masa nak pergi carilah waktu2 selain hujung minggu n cuti umum.
Tercari-cari juga mananya air terjun tak nampak pun, kitaorang pun tanyalah pakcik yang jual ais krim tu, dia kata kene naik atas lagi dalam sejam. >_< haha

Sebenarnya tak sampai sejam pun tapi penat juga naik tangga nak sampai atas rasa macam pergi hiking pulak. Dah sampai 1 level, ramai gila pengunjung kat situ. Naik atas lagi sebab nak cari keselesaan.
Penat juga sebab kene lalu tangga banyak2, pengujung kat situ ada yang berheret sebab tak larat naik tangga haha
Nasiblah sebelum ni pernah pergi hiking, tak lah rasa sangat.

 

 





air terjun ni kecik sikit banding dengan yang kat bawah, dan tak dalam tapi takde lah ramai sangat kat sini.
Ada masa nak cari tempat yang lain lagi huhuu..
Sekian.

video

2 ulasan :

Leo Pluto berkata...

Haiii.... salam perkenalan.. blogwalking jew ni..hehe.. jom sama2x follow blog. Tq so much. :D
http://blogleopluto.blogspot.my/

Nabila Syifa berkata...

syoknya

 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix