19 April 2016

Where should I go after Matriculation(for Account Course) : Lepasan Matrikulasi(Aliran Perakaunan)

Assalamualaikum wbt..hii

Sebelum ni banyak komen2 yang tanya
 "boleh tak tukar course lain lepas matrikulasi?",
"macamana kalau dapat course yang tak ada kaitan dengan Perakaunan?"

insyaAllah..entry ni akan menjawab semua soalan2 yang menyelubungi minda dan jiwa2 yang curious "Apa nak jadi dgn aku lepas ni??".

Mostly, student yang ambil perakaunan masa matrikulasi akan sambung degree dalam course2 yang berkaitan dengan perakaunan contohnya dlm bidang perakaunan itu sendiri, Keusahawanan, Perniagaan, Ekonomi dan yang sewaktu dengannya. Tapi akan ada sebahagian kecil yang sama ada memilih atau di pilih untuk mengambil course yang langsung tiada kaitannya dengan perakaunan yang belajar masa kat matrik tu.
Yes, masa degree nanti boleh tukar course yang korang minat contohnya nak ambil course dalam bidang Undang-undang,Ukur bahan,Seni lukis ataupun seperti saya Sains Komputer(Multimedia Computing).

So, masa nak isi UPU tu kalau ada minat nak ambil course lain boleh lah letak course yang korang minat tu.

Macam mana pulak kalau tak mohon pun course tu tapi dapat? dah la tak minat. so macamana?. Bagi saya ada 3 pilihan. First, tutup mata dan terima se adanya dengan hati yang reda. Pergi dan ambik course tu, try dulu kot boleh bawa dan timbul rasa minat.. haa mana tahu.
Second, tak terima course tu sebab memang betul2 tak minat atau tak tahu pun course apa lah yang aku dapat ni. Try la mana2 kolej swasta kalau nak ambik perakaunan juga.
Option last,duduk je lah kat rumah tolong mak ayah, jaga adik ke apa.

Ok, katakan lah awak pilih option yang pertama tadi. Macamana nak catch up dengan pelajar2 yang memang mahir dalam course tersebut. Contohnya dapat course sains komputer dan kawan2 yang dapat sekali masa kat matrik dah belajar semua tu. Awak sorang je yang bekas pelajar akaun tersesat dapat course tu.
Mengikut pengalaman saya sendiri, insyaAllah.. kita boleh catch up dan setaraf dengan diorang tapi kene usaha lebih lah. Rajin bertanya kawan2, kalau diorang study 2 jam untuk subjek2 tertentu kita belajar 3-4 jam sebab kita tahu kita dah tinggal jauh.
Bila dah sem 2,3 insyaAllah.. awak akan rasa sama je dgn diorang >_<.

Apa pun yang paling penting jangan bataskan atau block pemikiran 
"Aku kat matrik ambik perakaunan so, masa degree nanti kene ambik Bachelor of Accountancy, kalau tak pun ambik ekonomi atau perniagaan, nanti habis belajar aku jadi accountant"

No, kalau minat melukis.. ambik Seni lukis(contohlah). Change your passion into Career.

Tapi jangan lupa tanya pendapat parent,family sebelum buat apa2 keputusan. Diorang lagi banyak makan garam.

so, thats all. Nantikan entry yang akan datang , saya akan cerita lebih lanjut tentang Bachelor of Computer Science(Hons)(Multimedia Computing) dan macamana saya survive dari student account ke sc computer.
Sekian.

p/s:  Entry ni bukan nak hasut korang tukar course lepas matrik nanti, sekadar
        perkongsian pengalaman kepada mana yang mencari pengalaman.


0 ulasan :

 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix