11 Mei 2014

Matrikulasi: Pelajar Aliran Perakaunan

Assalamualaikum..
Hai.. entry kali ni lebih sesuai kpd pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Btw, Congratulation siapa2 yang dapat n brsyukurlah sebab bukan semua orang d beri peluang begini.. Cehhwahh
Juga, kpda siapa2 yang teringin sangat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi tetapi tidak berpeluang.. jangan risau, dunia belum berakhir.. ;)

Kembali ke topik Utama tentang subjek perakaunan. Semua nie berdasarkan pengalaman saya sendiri sbgai EX-matriculation student di Kolej Matrikulasi Labuan. So, entry ni lebih kpd cara pembelajaran subjek perakaunan d kolej matrikulasi Labuan. Bagi matrikulasi lain tak tau pulak maybe ada perbezaan sikit..

Pelajar Perakaunan.
 Bilangan pelajar yang mengambil subjek perakaunan adalah 20% daripada keseluruhan pelajar matrikulasi dan kesemua pelajar ini akan di bahagikan kepada 2 kumpulan(Kuliah) iaitu A1 dan A2. Dari kumpulan tadi pula akan di bahagi lagi kepada beberapa kumpulan tutorial.Cth: A2T33,A2T34..dan seterusnya. kumpulan tutorial ni lah akan jadi teman sehidup semati d Matrikulasi sbb dorang ni lah yang akan sama2 kamu buat assignment,projek,homework dsb. 

Subjek Perakaunan.
Pelajar perakaunan akaun akan mengambil beberapa subjek lain lagi selain Akaun iaitu Ekonomi,Perniagaan dan Matematik. Pelajar perakaunan juga akan mengambil subjek Pendidikan islam(Bagi yang beragama Islam)@ moral(Bagi yang bukan Islam),Pendidikan Dinamika dan Bahasa Inggeris. Semasa semester pertama, bagi subjek Akaun, student akan belajar tentang perakaunan kewangan. Perakaunan kewangan ni sama juga macam yang kita belajar sekolah dulu, buat imbangan duga,Penyata pendapatan, kunci kira2, dan ada beberapa lagi tambahan. So, yang ada asas akaun masa sekolah tu untung lah.. Bagi yang tiada asas perakaunan(student yang ambil course science then tukar ke akaun @ student yg x ambil akaun masa sekolah tapi ambil ekonomi or perdagangan) jangan risau sbb akan di ajar dari A - Z.. Semester 2, bagi subjek akaun, student akan belajar tentang Perakaunan Pengurusan, cari kos barang di kilang, kos tetap,berubah n bercampur, dll..

Oklah.. sampai disini sahaja pasal subjek2 perakaunan.. Ada masa,saya akan detail kan lagi. Maklumlah, masa saya mula2 mau masuk matrik pun, cari maklumat pasal matrik, macamna cara hidup disana,cara pembelajaran dsb. So junior2 yang bakal masuk ke Kolej matrikulasi Labuan.. jgn kamu kasi rusak itu kml arr.. hehe macamana pun susah senang hargailah segala yang ada..InsyaAllah. Akhir sekali, nikmati lah masa setahun yg cuma sebentar sahaja, hargai persahabatan yang terjalin, elakkan permusuhan n semangat assabiah yg keterlaluan,cubalah libatkan diri dgn aktiviti2 yg di anjurkan kolej supaya hidup di matrikulasi terasa lebih bermakna insyaAllah..yang paling penting BETULKAN NIAT, timbalah sebanyak mana ilmu samada ilmu dunia mahupun akhirat InsyaAllah..
Wasalam..

Sambungan... Bahagian 2

12 ulasan :

Mohd Rahman berkata...

Nak tnya, sna subjek2 perakaunan di ajar dlm bhasa apa ? Melyu or english ?

Rennyen berkata...

@Mohd Rahman subjek Akaun,ekonomi n perniagaan di ajar dalam bahasa melayu. Matematik pula dlm bahasa Inggeris ttapi kbayakn lecturer akn mgajar dlm bhasa melayu n inggeris :)..

Mohd Rahman berkata...

ouh okay3 . tengs :) ..

Tanpa Nama berkata...

kalo subjek perakaunan ni... nnti kerjaya masa depan dia apa? ndak pernah2 bh sy fikir dpt ni perakaunan ni... tq

Tanpa Nama berkata...

nak tanya kos sara hidup di matriks ni besar ke? mohon dijawab ...btw sy dpt pst kat kml ni tp maklumlah sy berasal drpd keluarga sederhana je

Tanpa Nama berkata...

Kos sara hidup di matriks insyaAllah ok jak...
Sebab tiap bulan elaun akan masuk RM250, u just have to manage ur finance well... Jgn beli brg yg x penting dgn elaun tu, tpi beli keperluan jak, insyaAllah cukup:-)

Tanpa Nama berkata...

sy dpt matriks perakaunan d labuan dan diploma statistik d uitm ? kmu rasa , sy better pilih yg mna ? sy confuse skg . hmm :'( sbb last yr , sy class science . then dpt matriks prakaunan plak . mna bagus ? matriks or sy ambk dip ?

Tanpa Nama berkata...

mcm mna peluang pkerjaan utk org yg ambik bidang perakaunan ? masa degree mesti ambk akaun jg kaa ? or bole tukar ? sbb sy x prnah tfikir pn utk memceburi bdang akaun lol

Tanpa Nama berkata...

nak tanya kat matriks tu betul ke banyak kes buli? sy sbnr nya berjaya dpat tawaran kat kml tp masalah keluarga sy takut nak htr sy kat sana sbb kononny byk kes buli di matriks ni..

Tanpa Nama berkata...

nak tanya kat matriks tu betul ke banyak kes buli ? sy sbnr nya berjaya dpat tawaran kat kml tp masalah keluarga sy takut nak htr sy kat sana sbb kononny byk kes buli di matriks ni

Ann berkata...

@Tanpa Nama degree nti boleh tukar kos.. tpi bkn semua kos boleh, cth nya nak ambik kos sains gunaan or engineering,yg memerlukan kefahaman dlm sains.. so memang x bole lah..

Ann berkata...

@Tanpa Nama Sepanjang saya kat matrik Alhamdulillah x pernah lgi kena buli atau dgr pasal kes buli.. well, matrik bkn mcm kt sekolah n universiti, ada sistem senior junior.. InsyaAllah xperlu risau psal buli

 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix