11 Mei 2013

Kisah Penglipur lara politikus

(Untuk Pendokong BN, PAS, PKR, MCA, MIC dan DAP)
 Bismillahirahmanirahim..
 
Aku amat menyukai PAS
tapi aku tidak membenci BN
aku menghargai MCA dan MIC
tetapi aku ingin berkenalan dengan PKR
mari duduk semeja DAP
kerana di dalamnya
semua ada orang - punya jiwa, punya hati
pasti sekali punya keinginan dan kemahuan
idealogi dan perhitungan yang keliru
susah, senang, suka, duka,
kita satu negara
terlalu kerdil untuk membenci
dari merah bunga yang kita belai
kelopak raya dari perdu yang satu
kita bajai sekian lama
negara sekangkang kera
baru melangkah usia sekitar 55
ada pelbagai ragam manusia di dalamnya
Kalau BN sebagai kepala
PAS jadi mulut yang berbicara
MCA dan MIC dua tangan yang setia
Mari, rangkul bahu PKR dan DAP
jadikan rakan berbicara
cermat menghitung tindakan
singkirkan sifat sang kancil yang cerdik
tapi suka menipu,
juga kutu, siput babi,ular, lintah, pacat, lipan,
lalat, burung tiung dan burung murai,
malah monyet dan katak
dalam kisah panglipur lara
kerana kali ini kita bukan lagi
bercerita pada kanak-kanak
kerana pendengarnya
semuanya sudah dewasa
 
mari benamkan sengketa dan dosa lama
hukum pada yang tidak amanah
sejarah bukan malam yang gelap
kerana hari sudah lama siang
rakyat jelata sudah lama berjaga
memalu gendang setia sesama
dengarlah kisah penglipur lara
versi baru zaman baru
sama-sama kita mendengar
jangan dulu sangsi sesama
tak mengapa kalau cerita lebah
menyengat tapi manis madunya
teladan kisah nabi-nabi
kisah raja hilang kuasa
kepada BN, PAS, PKR, DAP, MCA dan MIC
kami ada dimana-mana
mungkin salah satu di dalamnya
berjiran, sebelah rumah,sekerja
di kampung dan kota
jangan kerana kalian yang gila
kami pula yang bersengketa
 
Apapun terima kasih sekali lagi pada lebah
walau menyengat tapi tak pernah lupa
tinggalkan manis madunya.
 
 

Asa
Koleksi Puisi
09 Mei 2013
Kredit:https://www.facebook.com/amirsabriahmad
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 ulasan :

 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix