28 April 2013

Bahu

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala dihentak keluh kesah dunia...
Kita pasti punya rasa ingin meluah bicara...
Terasa ingin ada bahu untuk bersandar seketika..

Kali ini..
Mari kita hayati kisah bahu

Bahu manusia..
kejap ada
kejap tiada
bukan bermaksud mereka berdusta
tapi kerana mereka tak selamanya ada bersama kita
bahu mereka bukan milik kita..
bukan untuk kita sahaja
Lalu,
Tatkala kita benar-benar perlukan bahu untuk menyeka air mata seketika
Jangan terlalu mengharap bahu mereka ada sampai ke akhirnya
kerna mereka juga punya tuntutan di atas dunia..

Saya hadirkan kisah bahu
bahu yang sangat istimewa
sentiasa ada meski kita tak nampak kewujudannya..
yang melihat dengan hati
yang merasa dengan jantung
yang berjalan dengan penghidupan..
pasti akan melihat bahu ini
bahu yang sentiasa menemani tidak kira kemana kita melangkah kaki
bahu yang sentiasa memujuk esakan kita..
bahu yang sentiasa memburai tangis kita dan bangkit sebagai insan baru semula..

Bahu ini
bukan milik kita
tapi sentiasa ada untuk kita
sampai bila-bila
kerna ia bahu hadiah istimewa dari Pencipta
untuk kita mengubat rasa..

Bersandar di bahu Pencipta,pasti tenang-tenang jiwa

Bahu yang Ghaib tapi jelas di hati,itulah bahu Pencipta Abadi..

Sapa baik hati,Ringan jari, jom klik sini > Mari bersedekah

0 ulasan :

 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix