18 September 2013

4 month already...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari nie brksempatan menconteng blog yg sdah lma d tinglkan sendirian  hihihi..
x sedar pjam celik,pejam celik sdah 4 bln lbih d Kolej Matrikulasi Labuan( KML).Hari nie kptsan UPS kluar.. my result?
Oh my, Allah sja yg thu btapa bidaknya rsultQ.. [-_-]
Tpi x pa lha, mcm yang ust. abi ckp tdi, Allah maha mengetahui.. mgkin ada hikmahnya knp trjadi ssuatu tu..

Btw, apa yg aQ mw crita kn mlm nie about my life at KML hihi..

Nie kwn2 skelasQ A2T33 yg sporting2 smuanya.. actually ada 13 org smuanya (11 princess n 2 prince)
tp 2 org teda n sorang lgi jdi juru camera hihi..
Nie pulak kmi berenam yg slalu khulu-hilir sama
Dri kiri: Satriani, paling bising d klas tutor n DK jg haha.. tpi budak pndai gitu [*_*]
tdung biru: Ramsliah,suka btul mnyanyi haha..
Brkaca mata,brtudung:Amira Aisha, our class monitar..
Brlesung pipit:Nurdiyana, my old friend at smas
and last but not least, Angel.. hihi

K lah ada krja lgi yg perlu disiapkn..
sampai disini saja.. hihi
Wasalam..






1 Jun 2013

Penceroboh!!

Assalamualaikum w.b.t
lama ndak update blog,bkan sbb busy tpi teda bb tuk on9..hehe..Alhamdulillah ada roomate yg bek hati bgi aQ pinjam dya punya bb..Thanks Erika..(mcmlh dya baca blog aQ)..
skrg nie dah hampir 2 minggu aQ d Kolej Matrikulasi Labuan(KML)..mggu orentasi pun dah lma habis.. skrg nie cuti pulak..so agak ramai jga yg pulang, even yg dri Sarawak pun ad yg pulang kpangkuan kluarga trcinta..jauh tu..
Btw, nak cite sal d kml nie..ber pon bru sminggu lebih@ hampir 2 mggu dsini byak sua prkara yg brlaku..Alhamdulillah khidupan d asrama nie mmg bkn prkara yg asing lgi bgi aq cause, dri form 1 tggl asrma so, teda masalah tuk aQ myesuai kn dri dlm khidupan brasrama..
ada 1 mlm nie..tym tu aQ sndirian dbilik melayan cite korea smpai jam 1 pgi.. roomate smua stay dbilik kwn2 dorang.. aQ pon slalunya stay d blik c samsa..tpi mlm tu aQ mcm malas mw merantau ke blik org.. sndiri jaklh dblik..
so, kira2 jam 1 pgi lebih gitu aQ dgr ada org mnjerit,mengis n bunyi kaca pecah dri tgkt 1.. jdi aQ pon kluarlh.. first thing yg ada dlm kepala otak Q tym tu 'histeria'.. dlm hati Q, 'sapa lgi yg kena histeria smpai pecah kaca sgala lgi ni'..besa lh masa d sklh mnengah dulu..kes histeria,rasuk,jin n yg swaktu dgnnya nie jdi perkra biasa sda..even kwan2 Q tym sklh ada yg bgitu..
tym aQ kluar tu.. aQ da nmpak 2 org bjalan trgesa2 d koridor org smbil nangis2.. pastu aQ masuk lh balik.. smbg tguk cite korea hehe..
Then aQ dgr lg bunyi org mnagis..aQ pon dgn jiwa yg ingin tahu nie kluar lgi.. 2 org yg tadi mcm ambil brg dorang dri blik tu.. apa yg aQ pikir yalah mgkin dorg mw pegi hospital sbb luka kena kaca yg pecah tu..aQ pon masuk lh balik bilik smbg lgi tguk cerita..
bbrapa minit slepas tu ada bunyi siren lama sgt.. jdi aQ pikir ada latihan kebakaran kali hehe.. than fello pon buatlh announcement.. "perhatian kepada penghuni blok A, sila masuk ke blik masing2 n simpan smua brg brharga krana ada ganguan..(penceroboh).."lbih kurg lh bgitu announcemnny.. tym tu brulh aQ tw rpanya pncuri yg pecahkn tgkap tu.. jdi chingu 2 org tu pun trkejut n dorang jerit smbil nangis..kesian dorg..
Even sua lama tgl d asrma lum prnah lgi ada kes org luar pecah masuk asrma nie..siap pecahkn tgkap lagi, nie lh first tym maybe..hehe
jdi mlm tu memandang kn aQ sorang2 jak dblik..tkut juga, blank pon ada jg smpai aQ ndak tw mw wt apa.. tido ndak berani berpon mata mgantuk sda..tym tu aQ brharap btul cpt2 lh siang.. alhamdulillah aQ ada dgr suara org(pak guard,fello@polis x pasti) dblakang bilik ndak lh tkut sgt..jdi kira2 jam 3 bgitu aQ pon tido..hahaha
k lah itu jak coretan Q pada hari ini..mudah-mudhn kjadian nie x brulang lgi dkml nie..aminn
mggu dpan bru mula kuliah.. subjek first matematik..sbjk favourite Q.. ya Allah permudahkn lha segala urusan kmi..aminn
Doakan aQ slalu..hehe
Assalamualaikum..

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

17 Mei 2013

Thanks SahabatQ ;)

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum brtolak pigi kk sempat lagi buat entry..hehe,kali nie aQ mok cita psal hang out hary tu ngan smua  kwn2 yg Q syangi.. tpi sedihnya 2 urg jak yg dtg,ndak pa lha mgkin durang busy kot,lgipun ramai yg sudah mula sklh fom6..
Nie lh 2 org kwnQ yg comel2 belaka..hehe
Dang n Fozet

Thank fren..sudi jenjalan sma aQ,ntah bila lgi ada msa jln2 sma kmu..lpas nie msti masing2 busy ngan urusan sndiri..hurmm




16 Mei 2013

Running Man statistics

Assalamualaikum w.b.t












14 Mei 2013

Tutorial:Scroll Box untuk Bloglist

Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya aQ buat tutorial nie utk dri sendiri jak sbb aQ nie slalu lupa camna mau wat balik,hehe.. tpi klu ada newbie2 yg xtaw macamna buat Scroll box utk bloglist blehlha mempelajarinya..hehe
Contohnya bgini:


  1. Log in > Template > edit html
  2. Cari tajuk bloglist cthnya : 'Blogger Ohsem'
    Klik untuk tumbesaran
    3. ctrl+F cari kod nie :
    <div class='widget-content'>
    4. kalau sudah jumpa gantikan kod tadi dengan kod nie:
    <div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>
    5. Dah siap.Review dulu kalau menjadi Save.. ^_^

Download:Running Man ep145

Assalamualaikum w.b.t



Download 
Streaming:
Dailymotion
Part 1 | Part 2 |  Part 3 | Part 4 | Part 5
Videoweed
FULL
VK and other streaming links
FULL

Low Quality
FULL

11 Mei 2013

Kisah Penglipur lara politikus

(Untuk Pendokong BN, PAS, PKR, MCA, MIC dan DAP)
 Bismillahirahmanirahim..
 
Aku amat menyukai PAS
tapi aku tidak membenci BN
aku menghargai MCA dan MIC
tetapi aku ingin berkenalan dengan PKR
mari duduk semeja DAP
kerana di dalamnya
semua ada orang - punya jiwa, punya hati
pasti sekali punya keinginan dan kemahuan
idealogi dan perhitungan yang keliru
susah, senang, suka, duka,
kita satu negara
terlalu kerdil untuk membenci
dari merah bunga yang kita belai
kelopak raya dari perdu yang satu
kita bajai sekian lama
negara sekangkang kera
baru melangkah usia sekitar 55
ada pelbagai ragam manusia di dalamnya
Kalau BN sebagai kepala
PAS jadi mulut yang berbicara
MCA dan MIC dua tangan yang setia
Mari, rangkul bahu PKR dan DAP
jadikan rakan berbicara
cermat menghitung tindakan
singkirkan sifat sang kancil yang cerdik
tapi suka menipu,
juga kutu, siput babi,ular, lintah, pacat, lipan,
lalat, burung tiung dan burung murai,
malah monyet dan katak
dalam kisah panglipur lara
kerana kali ini kita bukan lagi
bercerita pada kanak-kanak
kerana pendengarnya
semuanya sudah dewasa
 
mari benamkan sengketa dan dosa lama
hukum pada yang tidak amanah
sejarah bukan malam yang gelap
kerana hari sudah lama siang
rakyat jelata sudah lama berjaga
memalu gendang setia sesama
dengarlah kisah penglipur lara
versi baru zaman baru
sama-sama kita mendengar
jangan dulu sangsi sesama
tak mengapa kalau cerita lebah
menyengat tapi manis madunya
teladan kisah nabi-nabi
kisah raja hilang kuasa
kepada BN, PAS, PKR, DAP, MCA dan MIC
kami ada dimana-mana
mungkin salah satu di dalamnya
berjiran, sebelah rumah,sekerja
di kampung dan kota
jangan kerana kalian yang gila
kami pula yang bersengketa
 
Apapun terima kasih sekali lagi pada lebah
walau menyengat tapi tak pernah lupa
tinggalkan manis madunya.
 
 

Asa
Koleksi Puisi
09 Mei 2013
Kredit:https://www.facebook.com/amirsabriahmad
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sleep with my mom?

Assalamualaikum w.b.t


Bersykurlah kepada yg masih punya ibu ...

10 Mei 2013

Harimau ber anakkan Babi


Assalamualaikum w.b.t
Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang.Tidak lama selepas itu harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiaannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik

Oleh kerana spesis ini agak terancam,pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya.Akhirnya cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak harimau.

Usaha trsebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyayangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri .

Haiwan juga punya perasaan sayangkan anak mereka.Manusia?
persoalannya disini,bagaimana pula dengan perasaan ibu babi..hehehe
Sumber:Facebook


6 Mei 2013

SEGMEN REVIEW PERCUMA

Assalamualaikum w.b.t

Klik banner untuk join !!
 

Semakan Panggilan Temuduga PISMP Ambilan Jun 2013

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni keluar sdah keputusan PISMP yang sebenar so,sapa2 yg mw semak klik sini >Tekan<
 
Tahniah kepada sapa2 yg dapat
Assalamualaikum... ^_^

5 Mei 2013

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A

Assalamualaikum w.b.t

Klik banner untuk join!!
Followers terkini:238

3 Mei 2013

Semakkan temuduga IPG lepasan spm 2012

Assalamualaikum w.b.t
Tadi tym buka Fb yg 1 lagi(amboi byk fb)huhuu, ada yg post pasal semakan temuduga IPG..boleh dsemak malam nie suda.. So,sapa2 mau semak klik nie> Semakan temuduga


Tapi, beberapa minit yang lepas,aQ try buka balik..aik!! 

404 - File or directory not found.

The resource you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

jadi rajin2 jenguk2 laman kpm atau disini Aplikasi permohonan Program permohonan perguruan
aQ sempat cek tadi..n keputusannya.. Cenggg.. aQ x dapat..So,kwn2,rakan2, n sahabat2 yg dapat tu.. Tahniah!!!
Kepada yg x sempat cek malam nie tunggu lah smpai 6/05/2013..
Assalam...

mega giveaway : santai banyak banyak by EM

Assalamualaikum w.b.t

Klik banner untuk join!!


Kena taG:SiniSiniSini

 

2 Mei 2013

Segmen Bloglist by WanMuna

Assalamualaikum w.b.t


Hadiah

Barangan Hello Kitty @ DIY Box checkered / cartoon @ Dress @ Baju
beserta Bloglist dan review
 
Klik banner untuk join!!



Segmen : Review my blog, please

Assalamualaikum w.b.t

Klik banner untuk join!!

Saya suka berblog dan sangat suka mencari rakan di laman2 sosial
lebih2 lagi blog ^_^
 

Anak kedua Dalam family

Assalamualaikum w.b.t
Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!
aQ pon anak kedua jgak.. so,mari brkenalan ngan 'Anak kedua'..hehe

ANAK MANJA EMAK ?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Wallahualam..
 
Sapa baik hati,ringan jari,jom klik sini> Sini
 

1 Mei 2013

Segmen : Saya Blogger Tegar

Assalamualaikum w.b.t

Jom join..Klik banner diatas ^_^

Tarikh tamat : 29 Mei 2013 *akan berubah 
Kena taG:Sini  | Sini | Sini | Sini

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Assalamualaikum w.b.t

 jom join !!klik banner diatas
bermula 29th April 2013 - 13th May 2013 (11.59pm)

April-May Giveaway By Simplesyara

Assalamualaikum w.b.t

 Klik banner untuk join ^_^
Celcom 

Tarikh mula 28 April 2013 *pukul 1 petang*
Tarikh habis 28 Mei 2013 *pukul 1 petang*
Tarikh umum pemenang 30 Mei 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum w.b.t


Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani & Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Klik Sini ---> Tolong Jujur LINK 1 ---> LINK 2
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  7. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Third Giveaway From Miss Spectacles

Assalamualaikum w.b.t

Klik  banner untuk join..

 Blog miss spectacles:Follower ke 883
Blog Cik Anis:Follower ke 767


Ina Meow mew pages:Likers ke 324
Serbamakneka online pages: likers ke 197

 | HADIAH & CARA PEMBAHAGIANNYA |
#PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.

- Verns dusty pink shoe : 1 Pemenang
(size 7)
- Butterfly Shawl : 1 Pemenang
- Novel : 2 Pemenang
 (novel baru & preloved)

Tamat : 17 Mei 2013
 kena taG:Nurul 
                          Wan Nur Ain

30 April 2013

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic

Assalamualaikum w.b.t




Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini.
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya :

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH :
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!


29 April 2013

Muslimah dan Drama Korea

Assalamualaikum w.b.t
fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.


ASAS
Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?
Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.
Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.
Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.
Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.
Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :

PERTAMA : SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.
Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.
Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..”
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.
Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.

KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.

KETIGA : FANATIK DAN OBSES
Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.
Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

KEEMPAT : LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”
Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.
Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.
Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.
Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.

KELIMA : SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.

KESIMPULAN
Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.
Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.
Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.
Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.
InsyaAllah..Semoga bermanfaat..

Siapa baik hati,Ringan jari..jom klik sini > Mari Bersedekah
                                                Dan sini> Mari bersedekah

28 April 2013

Bahu

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala dihentak keluh kesah dunia...
Kita pasti punya rasa ingin meluah bicara...
Terasa ingin ada bahu untuk bersandar seketika..

Kali ini..
Mari kita hayati kisah bahu

Bahu manusia..
kejap ada
kejap tiada
bukan bermaksud mereka berdusta
tapi kerana mereka tak selamanya ada bersama kita
bahu mereka bukan milik kita..
bukan untuk kita sahaja
Lalu,
Tatkala kita benar-benar perlukan bahu untuk menyeka air mata seketika
Jangan terlalu mengharap bahu mereka ada sampai ke akhirnya
kerna mereka juga punya tuntutan di atas dunia..

Saya hadirkan kisah bahu
bahu yang sangat istimewa
sentiasa ada meski kita tak nampak kewujudannya..
yang melihat dengan hati
yang merasa dengan jantung
yang berjalan dengan penghidupan..
pasti akan melihat bahu ini
bahu yang sentiasa menemani tidak kira kemana kita melangkah kaki
bahu yang sentiasa memujuk esakan kita..
bahu yang sentiasa memburai tangis kita dan bangkit sebagai insan baru semula..

Bahu ini
bukan milik kita
tapi sentiasa ada untuk kita
sampai bila-bila
kerna ia bahu hadiah istimewa dari Pencipta
untuk kita mengubat rasa..

Bersandar di bahu Pencipta,pasti tenang-tenang jiwa

Bahu yang Ghaib tapi jelas di hati,itulah bahu Pencipta Abadi..

Sapa baik hati,Ringan jari, jom klik sini > Mari bersedekah

The 2nd Giveaway by Farah Arina

Assalamualaikum w.b.t


Jom join!!klik Banner di atas ^__^

Kena taG: Emildza Jayy
Anisah

Sapa Baik hati,Ringan jari,jom klik sini >Mari Bersedekah

26 April 2013

Solat Istikharah, TataCara dan Doa

Assalamualaikum w.b.t
Di hari jumaat nie,Penghulu segala hari nie marilah kita sama2 menambahkan ilmu pengetahuan..berkenaan solat istikharah..

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Semoga bermanfaat InsyaAllah..
Sapa Baik hati,Ringan jari,jom klik sini >Mari Bersedekah


25 April 2013

Alhamdulillah..Matrikulasi

Assalamualaikum w.b.t
Ya Allah..Kemarin cek Form 6 x dapat..wahh Sedihh ..
Heran juga kwan2 sume dapat..knapa aQ x dpt..hurmm
Rupanya ada hikmah..Aq dpt Matrikulasi Horayy..
Klik untuk tumbesaran
Rupanya jgak..klu dapat tawaran Matrikulasi x kan dpt twaran form 6..
aQ sebanarnya x prnah trfikir akan dtawarkan mtrikulasi..tpi heran juak..kawan2 yang dapat keputusan lgi baik dri aQ x pulak dpat..knpa arh??
Tpikan..aQ x pasti lagi nie maw kah x..huhh..pening.. 
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami ya Allah..






23 April 2013

First time di review ^__^

Assalamualaikum w.b.t
Klik untuk tumbesaran
Terima kasih adik Nabila sebab review blog sya,n anda yg prtama review..hikhik.. 
Alaa xtau nma sya buat pgetahuan adik n rakan2 blogger yg lain nma sya yg sbenar Nurain bt Isham,kwn2 slalu panggil yen/ain.. hihi
Ermm..blog nie mmg berat ckit n tak pandai nak kurangkn berat tu..bagi sapa2 yg ada tips ringankan blog sharelah ngan saya..maklumlah sya nie newbie lgi,mula brblog nie suda lma tpi mmandangkn selama 5 thun brgelar pelajar Asrama mnyebabkan sya kurang aktif brblog..hikhik
sudah habis spm nie brulah byak masa trluang..
ok lah..
Assalamualaikum.. ^__^

22 April 2013

Buat Kaum Hawa

Assalamualaikum w.b.t
Masa buka fb tdi,ada pulak kwn yg post nie..
"Wahai saudariku HAWA.. TUTUPLAH AURATMU.. aku ini manusia yang lemah.. imanku mudah goyah.. walau ku cuba menjadi nakhoda kepada imanku.. namun benar terasa payah.. ketahuilah HAWA.. auratmu itu mungkin perhiasan diri di atas muka bumi.. tetapi ia mungkin menjadi BAHAN BAKAR API di akhirat nanti..

"Wahai saudariku HAWA.. Terciptanya engkau dari tulang rusuk kami.. maka sanggupkah kami melihat tulang rusuk kami sendiri terbiar retak, kerana maruahnya dipijak.. Ketahuilah HAWA.. MAHARMU semahal MARUAHMU.. Selangkah kakimu keluar dari rumah tanpa meutup aurat, maka selangkah jua ayahmu mendekati neraka.. Dan jika kamu dilempar masuk ke neraka kelak, maka 4 orang dari kalangan kami akan turut dilempar bersama kamu.. "Ayahmu, Suamimu,Abang-abangmu, dan Anak-anak Lelakimu.."
tahukah kalian bahawa kami ini bakal menjadi anak lelaki,abang,suami, dan ayah kepadamu suatu hari kelak? tarikanmu bukan sahaja HEBAT DI DUNIA.. malah lebih hebat di akhirat kelak..

"Wahai HAWA.. kasihanilah kami.. Lindungilah mata kami dari melihat auratmu.. Tutuplah auratmu.. sebelum ia ditutup.. dan dibawa ke hadapan kami utuk disolatkan nanti... "
InsyaAllah..Sama2 kita ambil pengajaran..

The Longest Giveaway Ever by Ain

Assalamualaikum w.b.t
Klik banner tuk join!! hadiah ohsem dsediakn..cepat Klik!!
Kata2 smangat n tips Buat Ain:
Blajar rajin-rajin(usaha tangga kjayaan),study smart yer..hihi  
Jangan tinggal solat 5 waktu klu xde halanganlah,buat solat2 sunat,solat hajat,solat taubat..hati kita bersih insyaAllah apa yg kita belajar mudah ingat "ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dberikn kpd hambanya yg brbuat maksiat(mlakukn brdosa)"
dengar cakap mak bapa n jgan sakitkan hati mereka,supaya kita sentiasa mendapat Redha ibubapa ..
 Jaga hubungan baik kita dgn sahabat2 kerana ianya mempengaruhi pmbelajaran kita..
Bertawakallah kepada Allah..kita hanya merancang,Allah yg menntukan
InsyaAllah, Allah akan mmpermudahkan segala urusan Ain..
Yakin boleh..InsyaAllah Ain boleh!!
Gud luck!!

21 April 2013

Short Segmen: Like and Win! Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Jom join short segmen: Like and Win! part 2 :)

Mudah Giveaway By Iezwa Razk

Assalamualaikum w.b.t


Tarikh tamat :- 30 April 2013 (Akan berubah mengikut keadaan)
Pemilihan pemenang adalah secara Random

#1 GIVEAWAY by Ariesha Safri

Assalamualaikum w.b.t.


Jom join!!klik banner diatas ^__^

20 April 2013

2nd bombastic Giveaway by Cik Amabee

Assalamualaikum w.b.t


Hadiah
Aztec Peplum
hadiah misteri
Shawl
pakaian wanita
Organiser Bag
Voucher rm5
Beg/Purse

Jom join!!klik banner diATAS ^__^


19 April 2013

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen

TARIKH BERLANGSUNGNYA SEGMEN
11.00 MALAM (19.04.2013) - 11.00 MALAM (20.04.2013)
Jom join..klik banner yg comel tu..^__^
 

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Assalamualaikum w.b.t


Nickname:Rennyen
Tudung:Biru muda
Baju:Biru tua

Kena Tag:RaraaNur Mahirah
Jom Join..Klik banner diatas (^__^)

makan Giveaway by miratul Reyyah

Assalamualaikum w.b.t


 Senarai Hadiah

Kek Lapis Sarawak x 1
 Popiah Perisa Keju x 1
  Popiah Simpul Kasih x 1
Kacang Telur x 1
 Maruku x 1
Kuih Sepit x 1
Kuih Lidah x 1

JOM JOIN!! klik banner diatas
TEMPOH : 18/04/2013 - 5/05/2013
 

©Copyright by Rennyen.Allright reserved since October 2011.Memory of Q of Pheonix